icon-search
icon-search
  • Cover Senyum Nan Serupa-01.png
  • Content Senyum Nan Serupa-01.png
  • Content Senyum Nan Serupa-02.png
  • Content Senyum Nan Serupa-03.png
  • Content Senyum Nan Serupa-04.png
  • Content Senyum Nan Serupa-05.png
  • Content Senyum Nan Serupa-06.png
  • Content Senyum Nan Serupa-07.png
  • Content Senyum Nan Serupa-08.png
  • Cover Senyum Nan Serupa-02.png

Sains Awal Korea - Senyum Nan Serupa

RM 11.61
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Setiap Helaian, Satu Pengembaraan!

Sesuai untuk kanak-kanak 4-7 tahun.

Bawa si manja mengembara ke alam pembelajaran sains awal bersama Siri Sains Awal Korea.

Jom mulakan pengembaraan anak dengan cerita menarik yang berkait dengan tema sains yang terpilih. Anak akan menerokai tema sains itu melalui pelbagai maklumat dalam bentuk yang ceria dan menghiburkan. Kemudian, kefahaman anak disusun melalui aktiviti ceria yang memadukan pelbagai kemahiran komunikasi, hubungan sosial serta kemahiran seni dan kraf. Di akhir pengembaraan, anak boleh membuat latihan sebagai pengukuhan dan juga rumusan kepada pembelajaran. 

Buku ini menarik kerana:

  • Isi kandungan sains yang berkualiti sesuai untuk peringkat tadika.
  • Lengkap dengan animasi cerita sains yang boleh diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR.
  • Pelbagai aktiviti gunting dan tampal yang pasti membuatkan anak teruja.

SENYUM NAN SERUPA bertemakan tentang Hubungan Adik-Beradik. Kakak yang bernama Jiho suka mengusik adiknya, Kiha. Pada satu hari, usikan Jiho membuatkan Kiha merajuk sehinggakan dia ingin lari dari rumah. Menyedari hal ini, Jiho cepat-cepat memujuk dan akhirnya mereka berdamai semula. Cerita ini dan aktiviti berkaitan mengajar perbendaharaan kata yang berkaitan dengan adik-beradik dan bagaimana untuk membina hubungan yang baik di antara mereka.

Spesifikasi:

  • Ciri Buku: Berwarna
  • Muka Surat: 38
  • Saiz Buku: 222.00 X 225.00 mm 
  • Berat: 0.140 kg 
  • ISBN: 9789673624720

Muat Turun Sampel Buku 2

>
Your cart is currently empty.
Continue shopping