icon-search
icon-search
  • STEM-Pakej.jpg
  • Buku Panduan Projek.jpg
  • Buku Latihan Pendidik.jpg
  • Buku Aktiviti Stem.jpg

Pakej PIL Cerdas STEM

RM 44.00
- +
icon-cart Add to Cart
Home

STEM adalah akronim untuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik. STEM merupakan integrasi ilmu kuantitatif untuk menjadi satu bidang pendidikan yang lebih bermakna dan praktikal untuk pendidikan abad yang ke-21. PIL CERDAS STEM merupakan pakej pendidikan berdasarkan projek-projek yang menarik dan mudah dilaksanakan.

Govt worried over dwindling number of STEM students : Klik Untuk Bacaan Lanjut

FOKUS PENGALAMAN SAINTIFIK YANG SISTEMATIK, KRITIS DAN KREATIF!

SAINS
Fokus kepada memahami dan menerokai alam semula jadi dan alam buatan. Menyiasat menggunakan kemahiran dan fikiran saintifik untuk menghayati proses yang berlaku.

TEKNOLOGI
Fokus kepada menyiasat dan menggunakan pelbagai peralatan teknologi untuk mengembangkan kemahiran manipulatif bagi menyelesaikan sesuatu projek.

KEJURUTERAAN
Fokus kepada cara menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan mereka cipta menggunakan bahan atau objek untuk mengukur, mengira dan membina sesuatu projek.

MATEMATIK
Fokus kepada memahami kuantiti, ukuran, nombor, bentuk, geometri, kemahiran spatial (ruang), masa dan dinamik gerakan.

KEBAIKAN STEM KEPADA ANAK ANDA

Pendedahan STEM dalam pendidikan bertujuan untuk:

  • Membina asas pembelajaran dan perkembangan minda anak pada masa hadapan.
  • Membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan penaakulan.
  • Meningkatkan minat anak terhadap pembelajaran sains dan matematik dan minat terhadap kerjaya berkaitan STEM.
  • Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya, dan suka menyiasat.
  • Memberi pengalaman luas kepada anak mengenai alam semulajadi dan alam buatan di sekeliling mereka.

PIL CERDAS STEM merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak terkini yang disusun oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob dan kumpulan penyelidiknya di Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya.

  • Anak anda berminat dengan ilmu STEM
  • Anak anda berfikiran kritis dan kreatif
  • Anak anda mengenali proses dinamik dalam alam semula jadi dan alam buatan
  • Anak anda akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kandungan Pakej:

  1. Satu Buku Panduan Asas Projek (152 muka surat)
  2. Satu Buku Modul Latihan Pendidik (68 muka surat)
  3. Satu Buku Aktiviti (80 muka surat)

Spesifikasi:

  • Saiz Buku: 210.00 X 297.00 mm 
  • Berat Pakej: 0.770 kg
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.