icon-search
icon-search

FAQ-01.png


Apa itu ‘Dropship’?

‘Dropship’ adalah salah satu model perniagaan di mana:

  • Anda sebagai ‘Dropshipper’ mempromosikan, berkongsi, melayan pertanyaan & menerima bayaran tempahan daripada bakal pelanggan. 
  • Seterusnya anda sebagai ‘Dropshipper’ membuat tempahan dan bayaran dalam portal AWALBIZ.COM dan kemudian mengemas kini status penghantaran kepada pelanggan anda.
  • AWALBIZ.COM akan terus menghantar tempahan kepada pelanggan anda tanpa invois.
Siapakah yang boleh mendaftar?
Program Dropship AWALBIZ.COM terbuka kepada semua individu, institusi & syarikat yang ingin menjana pendapatan. Pendaftaran buat masa ini adalah PERCUMA. Yuran RM10 akan dikembalikan kepada anda di dalam bentuk store credit RM10.

Excited.jpg

Kelebihan program Dropship adalah:
  • Tidak perlu menyewa kedai untuk menyimpan stok.
  • Tidak perlu mengupah pekerja untuk operasi membungkus & menghantar tempahan.
  • Tiada risiko stok tidak terjual

Fokus anda sebagai Dropshipper hanyalah menjual menggunakan alat komunikasi pemasaran yang disediakan oleh AWALBIZ.COM

Berapakah hasil pendapatan yang bakal diperoleh?
  • Pendapatan Dropshipper tiada had!
  • Semakin banyak jualan, semakin banyaklah pendapatan yang bakal anda peroleh.
  • Setiap produk yang ditawarkan di portal AWALBIZ.COM, anda layak mendapat diskaun minimum 20% + Ganjaran tunai.

Contoh:

  1. Harga runcit: RM 100
  2. Harga istimewa untuk bakal pelanggan Dropshipper: RM 95
  3. Harga Dropshipper @ 20% diskaun daripada harga (2) : RM 76
  4. Untung Dropshipper: RM19
‘Cash Reward’ / Ganjaran Tunai

Ganjaran Tunai minimum 5% daripada hasil jualan bulanan dan maksimum 25% daripada hasil jualan bulanan berdasarkan pencapaian jualan anda untuk bulan tersebut sahaja. 

Kepada yang layak, ganjaran tunai akan dibayar pada setiap bulan sebelum 15 hb. Sila rujuk jadual ganjaran tunai di bawah:

  • 5% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM10,000 – RM19,999
  • 10% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM20,000 – RM29,999
  • 15% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM30,000 – RM39,999
  • 20% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM40,000 – RM49,999
  • 25% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM50,000 dan ke atas.

Ganjaran wang tunai ini hanya layak untuk program Dropship sahaja melalui awalbiz.com dengan produk 'Membership: Akses ke Program Dropship'.

Tips: 

  • Wujudkan tim dropship anda untuk melakukan aktiviti promosi secara berjemaah bagi memudahkan anda untuk mencapai ganjaran tunai ini.
  • Jika ada mempunyai tim dropship, pastikan anda melakukan tempahan di bawah satu akaun tim dropship anda untuk tujuan kelancaran operasi.
  • Kegagalan anda melakukan tempahan di dalam satu akaun tim dropship, ganjaran tunai tidak akan dibayar oleh https://awalbiz.com.

Teamwork.jpg

Apakah bantuan promosi yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?

Pada setiap laman produk yang ditawarkan dalam portal AWALBIZ.COM akan mengandungi:

  • Gambar produk yang anda boleh muat turun.
  • Ayat jualan yang anda boleh salin dan tampal (copy paste).
  • Video jualan yang anda boleh muat turun melalui Dropbox.
  • Gambar, video & ayat jualan yang diberikan adalah terbukti berkesan untuk membuat jualan & sesuai untuk media sosial.
  • Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
  • Sebarang cadangan & pertanyaan boleh hubungi kami di admin@awalbiz.com
  • Hadiah & Bahan Percuma untuk pelanggan anda.

DROPSHIPPER juga bebas menjalankan aktiviti promosi berdasarkan kreativiti sendiri mengikut terma & syarat yang tertera di atas.

Adakah Dropshipper boleh menjual di marketplace seperti di shopee, Lazada dsb?
Buat masa ini program Dropship AWALBIZ.COM hanya menyokong AWB shopee. Proses tempahan & upload AWB mestilah melalui portal https://awalbiz.com Baca: Cara Order Dropship Shopee 

Apakah bantuan sokongan khidmat pelanggan yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?
  • Pembungkusan produk yang selamat & tepat.
  • Penghantaran dibuat pada setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad & Cuti umum.
    • Tracking no. akan diberikan dalam akaun anda.
  • Tip-tip pemasaran akan diberikan dari semasa ke semasa melalui blog di https://awalbiz.com
  • Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
  • Tawaran, promosi & cabutan bertuah akan diberikan dari semasa ke masa untuk memudahkan DROPSHIPPER membuat jualan.
  • Hubungi kami di admin@awalbiz.com untuk khidmat agen Dropship. 
Penafian:

Terma, syarat dan FAQ ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd dengan portal AWALBIZ.COM pada bila-bila masa.

Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian sekiranya DROPSHIPPER gagal mengikut terma, syarat & FAQ seperti di atas.


Thank You.jpg

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.